
Laporan/foto: Fauzrina Bulka (Sabah)
KOTA KINABALU, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Sayu, lucu, bangga dan terharu, begitulah yang dirasakan oleh sukarelawan Malaysia Jhazfazliel Idlan Shya J Hamsah, 24 apabila majlis konvokesyen yang sepatutnya diraikan di Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam telah bertukar lokasi secara tidak rasmi di Kunar, Afghanistan.
“Saya sepatutnya menghadiri majlis konvokesyen semalam, namun saya masih lagi disini bersama tiga lagi sukarelawan dari Malaysia.
“Walaupun perasaan saya bercampur baur, namun pada saya, pengalaman dan memori yang mereka berikan sangat mahal nilainya untuk disimpan sebagai kenangan.
“Mungkin juga, saya graduan Malaysia yang paling banyak menerima kalungan bunga pada hari konvokesyen,” ujar Idlan berseloroh.
Pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal itu diraikan dalam satu majlis ringkas oleh rakan kerjasama di Madrasah Ulum Al-Islami Sawkay, Kunar.
Idlan yang juga berasal dari Tawau, Sabah merupakan antara empat orang sukarelawan dari Malaysia yang dihantar oleh Malaysian Relief Agency (MRA) ke Afghanistan sejak April lalu untuk misi kemanusiaan.
-ZS-