Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Lambakan Raja Buah

By 23 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Pelapor/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Ketibaan bulan Jun pasti amat dinantikan oleh penggemar buah durian di kawasan selatan tanah air kerana pada bulan ini merupakan musim durian gugur dengan banyak.

Daerah Batu Pahat khususnya kawasan berbukit mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman durian khususnya jenis durian kampung, kawin, IOI dan D24.

Lambakan durian di daerah ini membuatkan harganya jauh lebih murah dari kawasan lain iaitu antara RM2 hingga RM14 per kilo mengikut jenis raja buah terbabit.

Walaupun berlaku lambakan buah, orang ramai dinasihatkan untuk makan pada kadar yang berpada-pada bagi menjaga kesihatan walaupun ia mempunyai kadar serat yang tinggi, tinggi kandungan kalium, kalsium, ferum, vitamin A,B,C dan E, dan mengandungi Polifenol yang memiliki efek antikanser.

-ZS-

Tinggalkan komen anda