
Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin/Ammar Yas Aizudin (Pulau Pinang)
NIBONG TEBAL, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Citarasa antarabangsa, harga warung. Itulah yang boleh diumpamakan dengan produk Donut Pondok Mama Sungai Acheh yang diusahakan oleh Mohd Yusof Cheek bersama isterinya, Juliana Jamaluddin.
Tekstur donut yang lembut dengan pelbagai variasi warna dan citarasa menjadikan donut keluaran Pondok Mama Sungai Acheh ini sentiasa menjadi pilihan masyarakat di Nibong Tebal berikutan harganya yang jauh lebih murah berbanding donut jenama popular yang lain.
Menurut Juliana Jamaluddin, pihaknya menyediakan sebanyak enam kilogram tepung untuk menghasilkan lebih kurang 300 biji donut sehari bagi memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi.
“Hasil keuntungan jualan secara atas talian sebelum ini dan juga bantuan daripada kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Geran Khas Prihatin (GKP) dan kemudahan pengeluaran khas KWSP i-Sinar serta i-Citra, kami berjaya mengembangkan perniagaan ini dengan membina sebuah kedai kekal,” tambahnya lagi.
-ZS-