Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Gotong-royong Pupuk Semangat Kekitaan

By 29 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Punithen Thendayuthapani (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Aktiviti gotong-royong masih relevan dalam membudayakan masyarakat khususnya dalam usaha menerapkan kesedaran serta meningkatkan semangat kekitaan pelbagai kaum di negara ini.

Ketua Komuniti Keluarga Malaysia Taman Talang Datuk M. Bhopalan berkata usaha sama membersihkan persekitaran ini secara tidak langsung dapat membendung pembiakan nyamuk aedes.

“Kita mahukan persekitaran yang bersih dan selamat daripada sebarang ancaman. Kerjasama dalam kejiranan ini amat diperlukan.

“Setelah sekian lama kita tidak bersama sejak pandemik COVID-19, hari ini kita kembalikan amalan murni ini demi kesejahteraan kita selain memelihara alam sekitar,” katanya ketika menjayakan aktiviti gotong-royong bersama penduduk Taman Talang, di sini pada Ahad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda