Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Graduan ADTEC Taiping Berjaya Harungi Tempoh Sukar Pandemik COVID-19

By 20 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Keinginan dan azam yang kuat menyebabkan pelajar-pelajar Advanced Technology Training Center (ADTEC) Taiping berjaya mengharungi tempoh sukar pandemik COVID-19.

Pengarah ADTEC Taiping Ts. Haji Zulkifle Omar berkata tempoh dua tahun pengajian dalam fasa pandemik agak mencabar namun pelajar berjaya mengharungi cabaran tersebut.

“Konvokesyen ini julung kali diadakan di ADTEC Taiping kerana sebelum ini konvokesyen sama diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),” tambahnya.

Majlis Konvokesyen ke-25 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILTJM) menyaksikan seramai 387 graduan ADTEC Taiping menerima sijil dan diploma, di sini pada Sabtu.

Graduan Diploma Teknologi Kejuruteraan Polimer Umi Khaleedah Nasirudin@Myint Naing dinobatkan sebagai Graduan Terbaik manakala graduan Diploma Teknologi Kejuruteraan Mikroelektronik (Sesi 2013/2016) Mohamad Mokhreez Adnan yang kini bekerja sambil belajar di Intel Arizona, Amerika Syarikat dianugerahkan sebagai Tokoh Alumni.

Majlis perasmian dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak Khairul Shahril Mohamed.

-ZS-

Tinggalkan komen anda