Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sihat Bersama Merlimau Berpeluh

By 20 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi (Jasin)

MERLIMAU, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Merlimau Berpeluh anjuran Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri Merlimau bertujuan mewujudkan masyarakat yang sihat.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka Dr. Akmal Saleh, selain dapat kekal sihat dengan aktiviti seperti ini, jalinan silaturrahim antara penduduk setempat juga dapat dipupuk ketika beriadah.

Dr Akmal turut bersama-sama menyertai ‘fun run’ sejauh tiga kilometer mengelilingi kampung, di sini pada Sabtu.

Selain ‘fun run’, aktiviti snamrobik, saringan kesihatan PeKa B40 dan pemeriksaan gigi secara percuma juga diadakan.

-ZS- https://malaysiaaktif.my/112593

Tinggalkan komen anda