
Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Rozita Ibrahim (PPD)
PORT DICKSON, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Memahami leluhur dan jati diri bangsa menjadikan kita seorang individu yang bangga dengan adat dan budaya kita.
Pengarah Politeknik Port Dickson (PPD) Dr. Ishak Mohamad berkata pelajar yang bakal bergraduan kelak akan menjadi agen perubahan masyarakat serta peneraju utama ke arah membina hubungan positif sesama manusia, alam sekitar dan penciptanya.
“Usaha murni yang digerakan ini selari dengan slogan Keluarga Malaysia dalam menjadikan perbezaan sebagai suatu keindahan bukannya sempadan pemisah,” katanya ketika berucap di Minggu Adat dan Peradaban PPD, di sini baru-baru ini.
Program anjuran Jabatan Pengajian Am PPD dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Sembilan antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan akan realiti sebenar penghayatan masyarakat dalam meraikan adat masyarakat majmuk khususnya Adat Pepatih di Negeri Sembilan.
-ZS-