Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Tukar Sampah Jadi Duit

By 19 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Akibat sikap individu tidak bertanggungjawab, banyak sampah dibuang merata-rata tanpa memikirkan kemungkinan dapat memberikan nilai pulangan kepada mereka.

Oleh itu, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilah dengan kerjasama UiTM Kampus Seremban dan UiTM Kampus Rembau telah menganjurkan program ‘Trash For Cash (T4C) dan 3R’ (Reduce, Reuse, Recycle), di sini semalam.

Menurut Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Kuala Pilah Nurfarihin Abdullah, idea untuk melaksanakan program T4C 3R ini bermula seawal pembukaan semester.

“Kami Jawatankuasa Kolej melihat terdapat pelbagai sampah didalam bilik kolej dan inisiatif untuk mengumpul dan menyisih barang untuk diguna semula dapat memberi manfaat kepada semua pelajar kolej.

“Jumlah kutipan sampah bagi ketiga-tiga kampus UiTM pada hari ini ialah 440 kilogram bersamaan dengan RM100.70,” katanya lagi.

Pengarah SWCorp Negeri Sembilan Siti Yusnita Mohd Yusof mengucapkan tahniah atas pelaksanaan program yang banyak memberikan manfaat kepada pelajar.

Program turut disertai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kuala Pilah, Mohd Zulhilmi Mohd Yunus.

-ZS-

Tinggalkan komen anda