Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Hidangan Istimewa Air Tangan Ibu Soko

By 3 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)/Asrul Effendi Kamaruzzaman (Muzium Negeri Sembilan)

KUALA PILAH, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Pelbagai hidangan istimewa hasil air tangan Ibu Soko dipertontonkan kepada orang ramai pada Program Air Tangan Ibu Soko Luak Ulu Muar di Balai Raya Kampung Gemetir, di sini kelmarin.

Menurut Setiausaha Kerapatan Adat Luak Ulu Muar, Dato’ Perdana Abdul Khalid Ujang, Ibu Soko membawa maksud seseorang wanita di Negeri Sembilan yang mahir dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai perkara khususnya berhubung perjalanan adat.

“Program ini bertujuan mempromosikan masakan tradisional air tangan Ibu Soko Luak Ulu Muar kepada masyarakat sekeliling seperti kuih cucur, rendang puyuh, sambal tumis ikan bilis, rendang kepaya, kuih lopes dan pengat pisang.

“Usaha mempromosikan masakan Ibu Soko kepada orang ramai khusunya generasi muda perlu diteruskan sebelum ia hilang ditelan zaman. Hidangan dari ibu soko ini perlu menjadi hidangan wajib di majlis rasmi kerajaan atau majlis adat dan diangkat sebagai satu produk perlancongan di dalam negeri,” ujarnya ketika ditemui.

-ZS-

Tinggalkan komen anda