Laporan/foto: Dhaifanzufar Dazuka (Kuala Selangor)
KUALA SELANGOR, 3 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa diberi perhatian dengan menerima bajet kewangan terbesar tahun ini.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, KPM menerima sebanyak RM52.6 billion iaitu 16 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan persekutuan menunjukkan kerajaan sentiasa fokus dan mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak.
“Saya juga akan menyediakan peruntukkan untuk membina Kompleks Pendidikan Daerah di Kuala Selangor tahun ini sebagai manfaat pendidikan,” katanya ketika merasmikan Program Sambutan Hari Guru dan Aidilfitri peringkat daerah Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini semalam.
-ZS-