
Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Program Jerayawara@KBT Masjid Tanah ‘AADK Bersama Komuniti’/ dengan Kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah diadakan di Kompleks Sukan Masjid Tanah.
Menurut Penolong Pengarah Pencengahan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka Norzulaika Mansor program itu bertujuan menerapkan bahayanya dadah demi misi AADK iaitu Dadah Terkawal menjelang tahun 2025.
“Program Jerayawara ini diadakan adalah untuk menyampaikan mesej anti dadah dan perkhidmatan AADK kepada komuniti, selain meningkatkan kesedaran komuniti bahayanya dadah dan pelencongan sosial,” katanya.
Aktiviti demontrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, pertandingan sukan rakyat, pameran, pemeriksaan Gigi dan kesihatan serta gerai jualan turut diadakan
Turut hadir Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Wira Hajah Mas Emieyati Samsudin.
-ZS-