Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Gotong-royong Mega Tingkat Kesedaran Perangi Denggi

By 26 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shalene Selva Segar (Georgetown)

GEORGETOWN, 26 JUN (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Denggi Asean Peringkat Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan bersama Program Gotong-Royong Mega 1.0 di Kampung Sungai Gelugor, di sini baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan menerapkan kesedaran masyarakat melakukan aktiviti pembersihan persekitaran dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mencegah penyakit demam denggi.

Menurut seorang peserta Muhd Rahimi Zulkiflee, 22, program ini selaras dengan usaha mengawal, mencegah serta mementingkan kebersihan persekitaran terutamanya dalam aspek pengurusan pembuangan sampah dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Bagaimanapun, pihak kerajaan perlu memastikan infrastruktur sistem perparitan kawasan tersebut mampu mengatasi pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda