Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

JHEKS Melaka dan Negeri Sembilan Santuni Masyarakat Felda Jelai

By 21 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasi /Muhammad Hanif Samad (Tampin)

TAMPIN, 21 Jun (Malaysiaktif) – Seramai 480 orang penduduk Felda Jelai telah hadir ke Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) anjuran  Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Melaka dan Negeri Sembilan, di sini baru-baru ini.

Menurut Pengarah JHEKS Melaka dan Negeri Sembilan Shuhaida Kassim objektif serta tujuan utama program CSR ini adalah untuk menyampaikan maklumat tentang fungsi jabatan dan aktiviti-aktiviti yang dikuatkuasakan di bawah agensi mereka terutamanya melibatkan kesedaran berkesatuan dalam kalangan pekerja dan majikan.

“Ini merupakan salah satu inisiatif jabatan untuk mendekati penduduk luar bandar menerusi aktiviti turun padang serta tanggungjawab sosial korporat seperti menyerahkan Kotak Bantuan Makanan sumbangan MyFundAction kepada penduduk Felda yang memerlukan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja Malaysia Mohd Azmi Muhammad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda