Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kedah Perkenal Durian ‘J. Sparrow’ dan ‘Jerai’

By 21 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Kedah)

KUALA MUDA, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Varieti durian baharu D216 (J. Sparrow) dan D217 (Jerai) diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah di Kampung Ketapang, Sungai Tok Pawang, Bedong, di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India Datuk Azman Nasarudin berkata ciri utama durian J. Sparrow ialah berwarna perang kuning muda serta mempunyai aroma sederhana dan purata kemanisan adalah 35.3 peratus Brix dan memiliki rasa pahit sederhana

“Manakala durian Jerai pula warna isi utama ialah kuning muda dan ia mempunyai aroma yang kuat, purata kemanisannya adalah 35 peratus Brixx. Dari segi kepahitan ia mempunyai kepahitan sederhana serta mempunyai tekstur sederhana kasar dan rasa berkrim adalah tahap kuat.

Turut hadir Pengarah Pertanian Kedah Ramli Abdul Rahman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda