
Laporan/foto: Fauzrina Bulka (Sabah)
KOTA KINABALU, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Setiap hari tepat pukul 6.00 pagi akan kelihatan sekawan burung merpati berkumpul di sebuah lorong belakang bangunan di Kampung Air di sini.
Rupa-rupanya mereka menunggu Jingjing Andak, 44, untuk memberi makanan berupa jagung hancur yang dibeli di kedai runcit berhampiran.
“Sudah dua tahun saya beri mereka makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari. Saya berasa gembira meluangkan masa dengan merpati yang ada di sini,” ujarnya ketika ditemui media, di sini hari ini.
Jingjing menghabiskan RM5.00 sehari membeli dua plastik jagung sebagai makanan merpati.
Banyak Merpati boleh didapati di kawasan tersebut dan menjadi daya penarik kepada pengunjung di Kampung Air.
-ZS-