Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Hobi Hasilkan Borneo Doll Jana Pendapatan Tambahan

By 20 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas (Sarawak)

KUCHING, 17 Jun (Malaysiaaktif) –  Minat menghasilkan anak patung  yang mengenakan busana tradisional etnik di Sarawak oleh seorang pramugara  Malaysian Airlines (MAS),  bermula hanya sebagai hobi bagi mengisi masa terluang berikutan  pandemik Covid19.

Wesley anak Juntan, 35, seorang anak muda yang berasal dari Sekuau, Sibu, Sarawak dan kini menetap di Kuala Lumpur, mula dikenali ramai apabila  ciptaannya, Borneo Doll, semakin mendapat tempat di hati masyarakat.

“Tanpa diduga rekaan tersebut menjadi viral di sosial media sehingga saya mula mendapat banyak tempahan untuk menghasilkan Borneo Doll dalam busana tradisional etnik-etnik di Malaysia,” kata Wesley ketika ditanya mengenai timbulnya idea untuk mencipta anak patung yang unik ini.

“Pada mulanya, saya menggunakan wang simpanan sebagai modal namun setelah  mendaftar  dengan SSM dan Kraftangan Malaysia, saya turut mendapat bantuan dari kerajaan seperti geran PENJANA,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda