![](https://malaysiaaktif.my/wp-content/uploads/2022/06/cdbf9b08-0dd3-42b1-bc2f-71228f7abe23.jpg)
Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)
KANGAR, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Pelancaran kempen “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” telah berjaya merekodkan penanaman sebanyak 33 juta pokok yang merangkumi lebih satu ribu spesies di seluruh negara.
Menteri Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata negeri Perlis secara aktif telah menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok.
“Bagi tahun 2021, pencapaian Perlis telah melebihi sasaran penanaman 201,849 pokok berbanding sasaran sebenar iaitu 200,000 pokok,” ujar beliau.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan menyempurnakan Program Kembara Hijau Bersama Himpunan Outdoorians Malaysia Sempena Kempen Penghijauan Malaysia dan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis di Kompleks Basikal Lasak, Sungai Batu Pahat, di sini baru-baru ini.
-ZS-