Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Orientasi Pemikiran Transformasi Fizikal

By 2 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Akademi Imigresen Malaysia

PORT DICKSON, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 138 peserta telah berjaya menamatkan Kursus Khas Asas Sijil Keimigresenan Pegawai Imigresen Gred KP19, Siri 2, Tahun 2022 di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) Port Dickson, di sini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Makhzan Mahyuddin berkata, matlamat utama kursus asas ini adalah untuk mengorientasikan pemikiran dan mentransformasikan fizikal setiap pegawai imigresen.

“Pembentukan modal insan yang bermula di AIMM ini hanya 20 ke 30 peratus daripada aspek pembelajaran. Namun, pembentukan ilmu dan kepakaran sebenar adalah di lapangan pekerjaan,” katanya.

Kesemua peserta merupakan sebahagian daripada 381 orang penyandang di skim pengawal keselamatan yang telah menerima opsyen tukar lantik sebagai pegawai imigresen di Gred Keselamatan dan Pertahanan Awam (KP) 19.

-ZS-

Tinggalkan komen anda