Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kempen “Speak Out” Memberi Kesedaran Bahaya Asap Rokok Pasif Kepada Masyarakat Perlis

By 30 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar, Majlis Belia Negeri, PEMADAM dan Jabatan Kesihatan Negeri telah mengadakan kempen “Speak Out” sempena program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Perlis (ANMS Perlis) bertempat di Medan Selera Sena, Kangar.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengadakan pemasangan dan edaran “table top” kepada peniaga -peniaga di medan selera tersebut.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang bahaya asap rokok pasif

dan memberi kesedaran kepada golongan bukan perokok bahawa mereka ejen utama bagi kempen anti merokok di Malaysia.

Pengarah Kesihatan Perlis, Dr. Sirajuddin Hashim menggesa masyarakat ketika negara masih dalam fasa peralihan ke endemik,  bukan sahaja pematuhan SOP serta program vaksinasi menjadi agenda utama negara, tetapi juga beliau mengajak masyarakat  amalkan gaya hidup sihat.

“Pengamalan gaya hidup sihat adalah objektif utama ANMS, namun masyarakat juga harus tahu mereka juga berperanan sebagai ejen utama contohnya seperti usaha kempen anti merokok ini yang memerlukan pembabitan masyarakat sekeliling,” ujar beliau ketika ditemui ketika Majlis Penutup Jelajah ANMS Negeri Perlis baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda