Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sembilan Isi Rumah Terima Manfaat Pembasmian Kemiskinan Tegar

By 30 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai sembilan isi rumah kurang berkemampuan daripada 773 orang terpilih dalam Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia Batu Pahat, Johor.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid, “tujuan program adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi memperoleh pendapatan tambahan,” kata beliau ketika menyampaikan ucapan di Dewan Terbuka Orang Ramai Kampung Lubok Darat.

“Bantuan yang diterima iaitu mesin jahit dan mesin jahit tepi ini akan memudahkan urusan menjahit dan saya boleh menerima tempahan jahitan berskala besar dari pelanggan tetap,” kata Zanariah Arbak, 58, salah seorang ibu tunggal penerima bantuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda