
Laporan/foto: Azrul Azham/Basharudin Md Yasin (Jerantut)
JERANTUT, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan Pahang terus komited dalam membantu pembangunan koperasi di negeri ini.
Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta kepada Gerakan Koperasi Pahang bagi tujuan pembangunan koperasi di negeri ini.
“Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang juga telah menyalurkan Bantuan Pembangunan Koperasi dan juga Pinjaman Tabung Model Pusingan SKM (TMPSKM) bernilai RM12.841 juta kepada koperasi-koperasi di seluruh negeri Pahang bagi tahun 2022,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Hari Koperasi Negara (HKN) 2022 Negeri Pahang, di sini semalam.
-ZS-