Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama

By 1 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maherah Marina Mahusin/Shuhaimi Ahmad (KualaTerengganu)

KUALA TERENGGANU, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil mewakili  Menteri Besar Terengganu merasmikan Program Bicara Eksekutif Keselamatan Negara Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Menurut Tengku Farok Hussin semangat ‘Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama’ ini perlu diterapkan kepada segenap lapisan masyarakat supaya setiap warga Malaysia merasakan diri mereka berharga dan memainkan peranan melindungi negara Malaysia dalam menghadapi apa jua situasi yang mengancam keselamatan negara.

“Integrasi antara jentera Kerajaan dan kolaborasinya bersama rakyat adalah kunci bagi memastikan keselamatan Malaysia yang komprehensif, berkesinambungan dan mampan,” katanya.

Tambah beliau, bagi memastikan kesiapsiagaan yang berterusan, rakyat perlu mengekalkan tahap kesedaran keselamatan yang tinggi di samping terlibat dalam inisiatif keselamatan negara.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) MKN, Tuan Zamri Misman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda