Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kampung Angkat Pergigian Tingkatkan Kesihatan Komuniti

By 1 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah) 

MASJID TANAH, 1 Jun (Malaysiaaktif) – Kampung Sri Tanjong Masjid Tanah di sini telah diiktiraf sebagai Kampung Angkat Pergigian di bawah seliaan Klinik Pergigian Masjid Tanah.

Program kolaborasi antara Klinik Pergigian Masjid Tanah dan Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Sri Tanjong ini disambut baik oleh semua pihak terutamanya penduduk kampung. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Lendu, Sulaiman Md. Ali, baru-baru ini.

Pengerusi JPKK Sri Tanjong, Yusof Salleh berkata program Kampung Angkat Pergigian ini merupakan program yang amat bagus kepada penduduk kampung yang kebanyakannya kurang kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan gigi.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang berlangsungnya program ini seperti pemeriksaan pergigian, pertandingan mewarna kanak-kanak, permainan interaktif, demonstrasi latihan memberus gigi dan cabutan bertuah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda