Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Lebih RM12 Juta Bina Bangunan Tambahan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah

By 8 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify Mohamad Zamri (Jasin)

JASIN, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Membina Dan Menyiapkan  Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah, di sini semalam.

Menurutnya, projek membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah ini diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang bernilai RM12,136,380 di atas tapak seluas 12.6 ekar yang mampu menampung seramai 450 orang pelajar.

“Pembinaan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri begitu prihatin terhadap usaha-usaha berkaitan pembangunan dan pengembangan syiar Islam, khususnya kemudahan dan keselesaan rakyat dalam mendapatkan akses pendidikan agama.

“Kejayaan merealisasikan pembinaan projek ini wajar dijadikan contoh kepada pengurusan sekolah lain kerana ia membuktikan bahawa sekiranya semua pihak bekerjasama, maka lebih banyak sekolah tahfiz yang boleh dibangunkan mengikut kesesuaian dan keperluan setempat,” ujar Sulaiman Md Ali.

Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek ini, manakala kontraktor Daya Mercu Construction (M) Sdn. Bhd. telah diberi tanggungjawab untuk pembinaan projek ini yang dijangka dapat disiapkan sepenuhnya dalam tempoh masa 30 bulan iaitu pada Jun 2024.

-ZS-

Tinggalkan komen anda