
Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly/Mohd Shariff Mohd Yunus (Maran)
MARAN, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Masyarakat di daerah ini diseru turut serta memusnahkan pembiakan nyamuk aedes yang membawa penyakit demam denggi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato’ Sri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said berkata masyarakat digalakkan untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes ini selama 10 minit setiap minggu.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Gotong-Royong Perangi Aedes Mega 1.0 Peringkat Daerah Maran anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Maran, di sini baru-baru ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka Shahril Azman Abd Halim dan Pegawai Kesihatan Daerah Maran Dr Aminuddin Ma’Pol.
-ZS-