Laporan/foto: Azrul Azham/Mohd Afiq Fathullah (Jetantut)
JERANTUT, 26 Jun (Malaysiaaktif) – Pelbagai agensi kerajaan telah menjayakan Gotong-royong Mega Peringkat Daerah Jerantut bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes, di sini baru-baru in.
Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut Dr Amir Faisal Dato’ Mohd Khairi berkata program tersebut adalah salah satu inisiatif untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat betapa pentingnya menjaga kebersihan persekitaran bagi mengurangkan risiko kepada jangkitan demam denggi.
“Gotong-royong melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Penerangan, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kerja Raya, Alam Flora dan banyak lagi,” katanya.
‘Cari & Musnah’ serta pelbagai aktiviti kesihatan lain seperti pameran dan ceramah denggi, cabutan bertuah dan juga saringan kesihatan turut diadakan.
-ZS-