Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Masyarakat Orang Asli Perlu Aktif dan Berani Agar Tidak Tercicir

By 21 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol)/JAKOA Jempol

JEMPOL, 19 Jun  (Malaysiaaktif) – Karnival Sukan dan Kerjaya Orang Asli 2022 Peringkat Negeri Sembilan/Melaka boleh dijadikan landasan kepada masyarakat Orang Asli agar tidak  terus tercicir daripada arus pembangunan dan pemodenan negara.

Dalam ucapan perasmian penutup Ahli Parlimen Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan mendoakan agar masyarakat Orang Asli akan terus aktif serta berani menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang baik.

“Saya sangat berbangga kerana Parlimen Jempol telah dipilih untuk acara yang cukup meriah ini,“ katanya di Kompleks Rakan Muda, di sini baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti sukan seperti bola sepak, bola jaring, sepak takraw, menyumpit dan pameran kerjaya telah memeriahkan program yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan/Melaka dan 16 syarikat tempatan.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah JAKOA Malaysia Saiful Zahlan dan Pengarah JAKOA Negeri Sembilan/Melaka Puan Shahrani Ideris.

-ZS-

Tinggalkan komen anda