
Laporan/foto: Roslan Rungan/Ag Ku Marzuki Ag Latip (Tawau)
TAWAU, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Pasar Malam Rabu Sabindo (PMRS) yang dilancar pada 29 Jun 2022 dijangka mampu meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.
Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Joseph Pang berkata PMRS dapat merancakkan lagi aktiviti perniagaan di daerah itu.
“Pelbagai aktiviti jualan dilaksanakan di pasar ini seperti ‘food truck’, pakaian, buah-buahan dan macam-macam lagi.
“Melalui usaha ini, peniaga dapat meningkatkan pendapatan untuk menyara keluarga dan perbelanjaan sekolah anak-anak,” ujarnya ketika ditemui media selepas perasmian PMRS, pada Rabu.
Sementara itu, PMRS menerima pelbagai reaksi di mana sesetengah peniaga berharap pasar itu dibuka dua hari berturut-turut, penyediaan fasiliti seperti kerusi panjang serta rondaan daripada pihak keselamatan.
-ZS-