Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah / Mohd Faizal Mat Akhir (Pulau Pinang)
SUNGAI BAKAP, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Seorang penderma boleh menyelamatkan tiga nyawa. Inilah matlamat utama penganjuran program Amal Blood Donation 2022, Siri 2 yang berlangsung di Pasaraya C-Mart Bandar Tasek Mutiara, di sini baru -baru ini.
Program anjuran Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam iaitu Pertubuhan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Hospital Parit Buntar bertujuan bagi membantu mendapatkan bekalan darah untuk Pusat Darah Negara. Setiap hari secara purata 2,000 beg darah diperlukan diseluruh negara.
Menurut Pengarah program tersebut Mohamad Razilah Mahamad Nor sebanyak 251 beg darah berjaya dikumpulkan daripada lima lokasi yang berlangsung secara serentak.
“Penganjuran program ini juga sebagai usaha memecahkan fobia umat Islam khususnya orang Melayu menderma darah. Penganjuran program kerjasama NGO Islam ini diharap dapat menarik minat orang Islam menderma darah. Sekarang ini hanya 2.5 peratus penduduk Malaysia yang menjadi penderma darah,” katanya.
-ZS