
Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)
KUANTAN, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Pahang Digital 2021-2025, di sini kelmarin.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pahang Digital 2021-2025 merupakan perancangan lima tahun kerajaan negeri untuk mewujudkan eko-sistem digital yang komprehensif antara sektor awam dan swasta.
“Fokus utama strategi dan inisiatif digital yang dirangka adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, mengoptimumkan hasil negeri serta memastikan Pahang Digital sedia kepada pelabur,” ujar beliau.
-ZS-