Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pertandingan ‘Special Education SUMO Robot’ Bukti Kemampuan Pelajar Pendidikan Khas

By 2 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/Kolej Komuniti Taiping

TAIPING, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Pertandingan ‘Special Education SUMO Robot’ anjuran Kolej Komuniti Taiping baru-baru ini membuktikan kemampuan pelajar sekolah menengah Pendidikan Khas di Larut Matang dan Selama (LMS) dalam bidang robotik.

Pengarah Kolej Komuniti Taiping Aznur Anuar Ab Azid berkata pelajar pendidikan khas ini sebenarnya mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain berdasarkan kepada idea dan kemahiran yang ditampilkan.

“Program anjuran bersama dengan Pejabat Pendidikan ini merupakan Program Pembangunan dan Peningkatan Kemahiran Komuniti Berteraskan 4IR dalam bidang TVET bagi tahun 2022,” katanya di sini.

Selain itu, Program Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Outreach Daerah LMS turut diadakan bagi memeriahkan aktiviti pameran dan penyampaian maklumat semasa program tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda