
Laporan/foto: Fadillah Abdul Latif (Muar)
MUAR, 12 Jun (Malaysiaaktif) – YB Dato’ Haji Mustaffa Haji Shamsudin bersama para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi di sekitar Pagoh iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBN), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Jabatan Kerajaan serta NGO telah berganding bahu dalam menjayakan program penanaman pokok bakau di Nurseri Bakau Komuniti Parit Kassim Parit Jawa.
Menurut En Mohd Afezan Yahya, Penghulu Parit Jawa, inisiatif ini adalah bagi meraikan hasrat Pegawai Daerah Muar ke arah ‘low carbon society’. Selain itu, titian bakau dan nurseri bakau komuniti ini merupakan perancangan bagi pelaksanaan eko-pelancongan yang bakal membantu menjana pendapatan penduduk setempat dalam tempoh terdekat.
Program berbentuk kemasyarakatan ini merupakan anjuran Pejabat Daerah Muar dan Komuniti Mukim Parit Jawa. Tambahan pula, sebanyak 1236 anak pokok dan benih pokok bakau telah ditanam di kawasan tersebut.
https://malaysiaaktif.my/112251