Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

2022 Pokok Bakau Ditanam Simbolik Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022

By 13 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 13 Jun (Malaysiaaktif) – Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama beberapa organisasi dan pertubuhan telah menanam sebanyak 2022 pokok bakau di Program Penanaman Bakau (GeoMangrove), Kilim Karst Geoforest Park, di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA Nasaruddin Abdul Muttalib berharap program sebegini dapat mewujudkan kesedaran serta tanggungjawab memelihara alam sekitar dalam komuniti setempat selain memupuk minat menanam pokok.

“Pada hari ini kita akan menanam sejumlah 2022 pokok bakau simbolik sempena sambutan 15 tahun Langkawi UNESCO Global Geopark dan sempena Hari Alam Sekitar Sedunia  pada tahun 2022.

“Penanaman pokok bakau ini telah dijadikan aktiviti mingguan dengan sasaran penanaman sebanyak 210 pokok seminggu dan dijangka 10 ribu pokok bakau akan ditanam menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Seramai 200 sukarelawan daripada anggota Jabatan Perhutanan Malaysia Daerah Langkawi, Markas  Wilayah Laut 3 (MARWILA3), Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Langkawi, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Min Nam Chun Hwa, Sekolah Kebangsaan Padang Matsirat, SJK (Tamil) Ladang Sungai Raya dan Tadika Sinar Elit turut terlibat dalam program tersebut.

Timbalan Menteri Alam Sekitar Dan Air Dato Mansor Haji Othman turut menanam pokok bakau dan merasmikan program tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda