Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Raintown Fun Run Pupuk Semangat Rakyat Malaysia Lebih Sihat

By 29 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)

TAIPING, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Acara Raintown Fun Run kembali diadakan di daerah ini melalui Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) setelah beberapa tahun berdepan pandemik Covid-19.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Negeri Perak Mohammad Zahir Abdul Khalid ketika ditemui berkata acara ini dapat mengajak masyarakat lebih cakna akan kesihatan diri dan keluarga selain didedahkan berkaitan penyakit lain yang melanda negara.

“Setelah hampir tiga tahun mengharungi COVID-19, program ini berjaya diadakan dan saya yakin orang ramai sangat merindukan acara sebegini kerana dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian,” tambahnya ketika berucap merasmikan Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di perkarangan Wisma Persekutuan Taiping, di sini baru-baru ini.

Beberapa aktiviti turut diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, pameran, senamrobik dan cabutan bertuah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda