Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

UMS Perkenal Gimnasium Mesra OKU

By 9 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Insyirah Abdul Jamel/Noorsiah Mahmud (Sabah)

KOTA KINABALU, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Universiti Malaysia Sabah (UMS) memperkenalkan gimnasium mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dengan prasarana peralatan sukan yang sesuai bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti kecergasan.

Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS, Kolonel Prof Madya Dr. Nizam Nazarudin berkata susun atur gimnasium juga mengambil kira pergerakan OKU yang menggunakan kerusi roda selain tempat letak kenderaan khas serta tandas untuk OKU.

Beliau yang juga merupakan Pengurus Rancangan Pengajian Sains Sukan menambah bahawa gimnasium itu turut memberikan akses bagi bekas pesakit strok melakukan rehabilitasi di gim berkenaan.

Sementara itu, atlet para SUKMA sukan angkat berat Sabah, Francis Xavier Kinjin berpendapat usaha yang dilakukan pihak UMS memberikan impak positif dalam menggalakkan golongan OKU terus bersukan.

“Saya harap lebih banyak gim mesra OKU ditubuhkan dalam masa akan datang agar OKU juga tidak terpinggir dalam bidang sukan dan kecergasan,” kongsinya ketika ditemui media di gimnasium Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS di sini, baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda