Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Balu Bersyukur Terima Rumah PPRT daripada MB Terengganu

By 9 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Afnan Hakimi Abd Aziz (Marang)

MARANG, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Seorang balu bersyukur selepas hasratnya untuk memiliki rumah sendiri tercapai.

Ramlah Ma’at, 54, yang merupakan balu dan mempunyai tujuh orang anak berkata beliau amat bersyukur dan gembira setelah permohonannya untuk memiliki sebuah rumah daripada Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tercapai.

“Selepas kematian suami sepuluh tahun lalu saya terpaksa menyewa di sebuah rumah yang kecil dan usang.

“Saya berasa sangat gembira setelah dikurniakan rezeki memiliki sebuah tempat tinggal yang lebih selesa bantuan daripada kerajaan negeri ini,” katanya lagi.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah PPRT kepada Ramlah di Kampung Bukit Kemas, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Terengganu dan Ketua-Ketua Jabatan di daerah Marang.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda