Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Undi 18 Medan Generasi Muda Terlibat dalam Pembentukan Negara

By 25 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Mohd Zuhairi Wan Mohd Zain (Petaling)

SHAH ALAM, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Program Cambah Minda dengan tajuk diskusi ‘Transformasi Kerajaan Undi 18’ telah dilaksanakan di Kolej Tingkatan Enam, Seksyen 24, di sini semalam.

Ketua Pusat Kecemerlangan Media, Komunikasi dan Industri Kreatif Universiti Putra Malaysia (UPM), Ts Dr Syed Agil Alsagoff, berkata undi 18 akan membawa sinar baharu kepada generasi muda untuk terlibat secara langsung dalam pembentukan negara.

“Ia menjadikan lebih ramai golongan muda terlibat aktif dalam membuat keputusan menentukan masa depan negara,” katanya.

Pelajar Tingkatan Enam, Maznah Azizan, 19 berpendapat program yang dilaksanakan itu banyak manfaat kepada golongan muda.

“Ini sangat bagus dilaksanakan kerana dapat beri pencerahan tentang undi 18 kepada generasi baru yang bakal mengundi pada pilihan raya akan datang.

“Diharap masyarakat tidak lagi melihat generasi muda sebagai kurang matang kerana kami juga mampu untuk membuat keputusan sendiri,” ujarnya.

-ZS-

https://malaysiaaktif.my/112859

Tinggalkan komen anda