Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pengorbanan Bapa Tidak Ternilai Harganya

By 25 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Sesebuah keluarga perlu menghargai peranan dan pengorbanan seorang bapa dalam memastikan keluarganya terpelihara dan sejahtera terutama ketika negara menghadapi cabaran virus COVID-19.

“Hari bapa yang disambut pada hari ini adalah sebagai satu pengiktirafan yang tidak ternilai buat semua bapa atas komitmen mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni kepada anak,” kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis Siti Berenee Yahaya dalam Majlis Program Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Perlis 2022, di sini semalam.

Roslan Yatim yang juga merupakan Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2022 telah dipilih untuk menerima Anugerah ‘Kasih Bapa, Pelindung Keluarga’ peringkat negeri Perlis, atas usaha dan kejayaan beliau dalam mendidik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda