
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Program Imunisasi COVID-19 berjaya mengekang penularan COVID-19 di Labuan semasa dan selepas sambutan Aidilfitri baruābaru ini.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari, program vaksinasi dalam kalangan golongan dewasa di pulau itu yang menghampiri 100 peratusĀ menjadi faktor utama kes jangkitan COVID-19 tidak meningkat.
āSelain itu kerjasama antara semua agensi dan pihak komuniti turut membantu dalam usaha membendung penularan wabak itu serta kes jangkitan hanya hampir di bawah lima kes setiap hari,ā katanya yang ditemui semasa Majlis Penutupan dan Penyerahan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan (PL), di sini pagi tadi.
Tambahnya PKRC yang beroperasi hampir dua tahun iaitu sejak 29 Oktober 2020 telah menempatkan seramai 1,970 pesakit COVID-19 dan bermula dari tarikh 28 Mac 2022 PKRC itu tetap kekal beroperasi walaupun tidak mempunyai pesakit.
āPKRC ini telah dilengkapkan dengan kemudahan sebanyak 130 buah katil iaitu melibatkan 110 katil biasa dan 20 buah katil lagi yang dilengkapi peralatan gas oksigen,ā jelasnya lagi.
-ZS-