Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Jenayah Komersial Dalam Talian Meningkat

By 2 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Kelantan)

TANAH MERAH, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Arah aliran kegiatan penjenayah untuk mengaut keuntungan dalam talian kini meningkat berlipat kali ganda.

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt. Wan Zulfakri Wan Othman, jenayah komersial meningkat dari tahun ke tahun. Bermula Januari hingga Mei 2022, daerah Tanah Merah telah merekodkan sebanyak 32 kes yang melibatkan kerugian beribu ringgit.

“Jenayah komersial sukar dibendung selagi masyarakat tidak berhati-hati atau mudah percaya dengan tawaran yang janjikan oleh mereka yang tidak dikenali.

“Mereka akan menghubungi mangsa melalui telefon dan menawarkan pelbagai tawaran yang menarik serta menjanjikan pelbagai keuntungan,” kata beliau ketika berucap di Program Kempen Fasa Peralihan Endemik COVID-19 dan Sambutan Hariraya  Aidilfitri di Perkarangan Taska Nur Iman, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan Zaid Ahmad, Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah Dr.Sukri Ab.Ghani dan pemimpin komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda