Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

29 Warga KETENGAH Terima APC 2021

By 24 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahadi Mustafa /Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 29 orang pegawai dan kakitangan daripada jumlah keseluruhan 368 warga kerja Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) disaring dan telah berjaya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021 yang diadakan di Dewan BALORA Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini hari ini.

Timbalan Menteri 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad berkata penganjuran majlis itu adalah satu manifestasi bagi menghargai jasa dan pencapaian prestasi kerja serta kualiti peribadi yang cemerlang sepanjang tahun 2021.

“Anugerah ini juga mampu menjadi pemangkin untuk berkhidmat dengan penuh komited dan dedikasi,” katanya lagi selepas merasmikan majlis tersebut.

Turut hadir Pengerusi KETENGAH Ahmad Said dan Pengurus Besar KETENGAH Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda