Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Bantuan Bakul Makanan Ringankan Beban Rakyat

By 24 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nor Aishah Che Hassan

KUALA NERUS, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Hampir 200 sumbangan berbentuk bakul makanan diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak setiap minggu di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri, Buluh Gading di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading Haji Ridzuan Hashim berkata sumbangan bakul makanan berkenaan berupa makanan seperti sayur, ikan, mee, beras, minyak, gula, kopi dan sebagainya diedarkan kepada isi rumah yang berpendapatan B40 dan ke bawah.

“Sumbangan ini sedikit, sebanyak membantu masyarakat yang terkesan kerana kenaikan harga barang ketika ini. Inisiatif kerjaan negeri ini yang disalurkan melalui pejabat DUN mampu memberikan sedikit kelegaan kepada mereka,” katanya ketika ditemuramah di sini semalam.

Menurutnya kepada KIR yang layak dan masih tidak menerima bantuan berkenaan boleh terus ke pejabat DUN Buluh Gading atau menghubungi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mendaftar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda