
Laporan/foto: Fasharina Kholil/Syafiq M. Razi (Sik)
BALING, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 45 ketua isi rumah yang terkesan akibat bencana banjir menerima bantuan beras, gula dan lain-lain beserta wang tunai RM200 sumbangan Jawatankuasa Parlimen Malaysia.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Plembangunan Infrastruktur Dewan Rakyat Parlimen Malaysia Tuan Haji Yusuf Abd Wahab pelbagai bantuan yang disalurkan merupakan usaha kerajaan untuk mengurangkan beban mangsa banjir di kawasan tersebut.
Jelasnya lagi disamping menyampaikan sumbangan, fokus utama lawatan ini adalah bagi mendapatkan maklumat secara terus kawasan-kawasan yang terjejas untuk digunakan semasa sesi perbahasan di Parlimen kelak.
Salah seorang mangsa dari Kampung Bendang Padang banjir Zaili Man, 42, berterima kasih kepada kerajaan yang banyak menyalurkan bantuan tanpa mengira latar belakang politik.
“Saya amat terharu dan bersyukur di atas keprihatinan pelbagai pihak yang menghulurkan bantuan baik dari segi makanan, pakaian dan perubatan.
-ZS-