Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Makanan Sihat, Mampu Milik

By 14 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzrina Bulka

KOTA KINABALU, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Kenaikan harga barangan di pasaran sekarang sedikit sebanyak mempengaruhi cara hidup dan gaya pemakanan seseorang kerana masyarakat terdesak untuk berjimat.

Oleh sebab itu, pemilik perniagaan My FitMealz, Muhamad Hafiz Mohd Akhir, 38, konsisten membantu Keluarga Malaysia untuk mendapatkan makanan sihat pada harga mampu milik.

“Walaupun terkesan dengan kenaikan harga barangan mentah, pelanggan masih setia membuat pesanan makanan kerana kami sangat menjaga kualiti demi memastikan pemakanan mereka terjaga.

“Kami menawarkan makanan segar tanpa proses dan bahan pengawet, rendah kalori, tinggi protein serta sesuai untuk semua peringkat umur,” katanya ketika ditemui di premisnya di Likas, pada Rabu.

Perniagaan yang dimulakan sejak 2016 itu menjadi tumpuan untuk mereka yang ingin diet dan menjaga tubuh badan, mempunyai latar belakang penyakit, ingin mengawal pengambilan gula dan kolesterol, warga emas dan ahli sukan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda