
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah/Majlis Perbandaran Taiping (MPT)
TAIPING, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 450 orang menyertai Program Fit & Active Family dan Rakan Muda Aktif yang diadakan di Dataran Kedamaian, Taman Tasik Taiping, di sini baru-baru ini.
Program Fun Run/Fun Walk ‘Active Family 2022’ turut diadakan dan disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.
Beliau berkata program ini menyuntik semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia dan pada masa yang sama menyumbang kembali kepada masyarakat.
“Selain sukan rakyat antara aktiviti menarik adalah mengecat tiang roman, projek keceriaan di Zoo Taiping dan kawasan sekitar Taman Tasik Taiping,” katanya.
-ZS-