Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Penjawat Awam Jalani Latihan Kebakaran Hadapi Kecemasan

By 20 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

Ayer Keroh, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Program latihan Emergency Respon Team (ERT) tatacara penggunaan alat pencegahan kebakaran mudah alih CO2 dan serbuk kering telah berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, di sini pada Isnin.

Menurut Pengurus Bangunan Menara Persekutuan Zainal Mohamed Som hasil mesyuarat ERT Menara Persekutuan telah bersetuju untuk mengadakan latihan kebakaran kepada semua ketua tingkat Menara Persekutuan.

“Objektif latihan ini ialah bagi memastikan penjawat awam yang bertugas di Menara Persekutuan mahir dalam mengendalikan peralatan pemadam api sekiranya berlaku kebakaran di pejabat,” ujarnya.

Penjawat awam Muhammad Izhar Madsah, 32, , berkata program ini harus diadakan secara berkala dan berterusan supaya ilmu pencegahan kebakaran ini dapat diamalkan sentiasa.

“Keselamatan adalah tanggung jawab bersama, semua penjawat awam harus mengetahui cara betul utk memadamkan kebakara kecil, mungkin tindakan awal kita mampu menyelamatkan nyawa,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda