
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Taiping)/Majlis Perbandaran Taiping
TAIPING, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 600 orang peserta dari seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam Kejohanan Sukan Skim Perkhidmatan ‘S’ (KESTASIS) Ke-10 anjuran Kementerian Sumber Manusia (KSM) setelah dua tahun penganjurannya ditangguh ekoran pandemik COVID-19.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Haji Asri Abdul Rahman berkata kejohanan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara kakitangan KSM seluruh negara di samping mencungkil bakat terpendam peserta dalam bidang sukan.
“Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola sepak, futsal, badminton, bola tampar dan karom,” tambahnya sewaktu ditemui di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping, baru-baru ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Datuk Haji Awang Hashim.
-ZS-