Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Jabatan Muzium Sokong Produksi Terbit Filem Sejarah

By 5 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Perak)/Muzium Matang

MATANG, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Muzium Malaysia (JMM) sedia memberikan kerjasama penuh kepada produksi yang berminat menghasilkan filem berkaitan tokoh sejarah dengan hasrat menyuburkan minat masyarakat mendalami sejarah tanah air.

Ketua Pengarah JMM Datuk Kamarul Baharin A. Kassim berkata JMM menyimpan banyak data, maklumat serta hasil kajian berkaitan sejarah.

“Bahan-bahan ini dapat diseimbangkan secara penuh dengan naratif filem yang semestinya tidak dapat lari daripada tokok tambah bagi mencantikkan plot penceritaan,” katanya dalam sidang media Program Semarak@Muzium Sempena Pameran Menelusuri Jejak Tengku Menteri Ngah Ibrahim di Muzium Matang, di sini baru-baru ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia YB Ahmad Saidi Mohammad Daud.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda