Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Agensi Kerajaan, NGO Bersatu Dalam Usaha Konservasi Terumbu Karang

By 26 Julai 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini

KOTA KINABALU, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Agensi-agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) perlu bersatu dalam usaha konservasi terumbu karang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) Datuk Jafry Ariffin berkata ia perlu agar ekosistem marin dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.

“Usaha pemuliharaan terumbu karang ini bukan sahaja mampu mengekalkan kekayaan biodiversiti marin malah mampu menarik kedatangan pelancong,” katanya dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Pewartaan Taman Tunku Abdul Rahman ke-48 di Pulau Manukan, pada Isnin.

Menurutnya KePKAS sentiasa menyokong penuh inisiatif Taman-Taman Sabah (TTS) itu.

Turut berlangsung Majlis Pelancaran Coral Adoption Programme menggunakan kaedah Coral Frame dan Program Underwater Clean Up anjuran KePKAS dengan kerjasama TTS dan Reef Check Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda