Laporan/foto: Aneta Ahmad (Dungun)/Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun
DUNGUN, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Bengkel Asas Seni Rupa Destar Alam Melayu telah menimbulkan kesedaran terhadap jati diri pelbagai golongan dan anak jati di daerah Dungun.
Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun Fairul Hisham Mat warisan budaya dan sejarah seperti destar yang sudah menjadi milik bangsa itu wajar dipelihara dan dihargai sepanjang masa.
“Pemakaian tanjak atau destar kini telah menjadi satu tren dan tarikan budaya kepada bangsa Melayu,”katanya.
Bengkel yang diadakan di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun di sini baru-baru ini merupakan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun (PSMKD), Majlis Anak-Anak Anjung Laksamana (MAAL), Pejabat Daerah Dungun dan Majlis Perbandaran Dungun.
Seramai 56 orang peserta terlibat di dalam bengkel tersebut yang terdiri dari warga Dungun, Kelantan, Pahang, Selangor dan dua orang dari Thailand.
-ZS-